Ada Masalah Ereksi Zakar? Amalkan 6 Tip Ini Untuk Kuatkan Zakar!

Tidak semua orang lelaki mampu memulakan dan mengekalkan ereksi alat sulit mereka di tahap yang terbaik atas pelbagai sebab tertentu. Disebabkan itu, maka sangat penting untuk anda yang ada masalah sama untuk amalkan cara kuatkan zakar masing-masing!

Definisi
Apa itu ereksi zakar tidak kuat?

Untuk pengetahuan anda semua, ereksi adalah keadaan di mana ketegangan zakar berlaku kesan daripada refleks kompleks di antara darah, saraf, otot dan hormon pada alat kemaluan.

Kebiasaannya, ia boleh terjadi apabila wujud stimulasi seksual di dalam bentuk sentuhan, ujaran, bauan atau gambaran yang akan melibatkan dan meningkatkan nafsu syahwat individu.

Namun, ada lelaki yang mengalami masalah ereksi zakar tidak kuat akibat isu fizikal atau mental!

Apa risiko untuk masalah ini?

Masalah ini mungkin tidak akan berlaku atau berbahaya kepada golongan bayi, kanak-kanak serta remaja yang belum akil baligh ekoran tubuh badan mereka tidak bersedia untuk seksualiti.

Dalam erti kata lebih mudah, masalah ini lebih berisiko kepada lelaki pada usia belia, dewasa atau warga emas yang telah berkahwin kerana ia boleh menjejaskan prestasi individu di ranjang.

Simptom
Apa simptom masalah ereksi zakar?

Masalah ereksi zakar didefinisikan sebagai kondisi di mana seseorang lelaki itu tidak mampu atau gagal untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar untuk melakukan hubungan seks.

Terdapat beberapa kategori masalah ini berlaku, ia ditandai dengan simptom seperti yang berikut:

  • Lelaki boleh mengalami ereksi tetapi hanya kadang-kadang dan bukan setiap masa
  • Lelaki boleh mengalami ereksi namun tidak boleh bertahan cukup lama ketika seks
  • Lelaki langsung tidak mampu mendapatkan serta mengekalkan ereksi (mati pucuk) [ Link to Thor X website ]

Dalam pada itu, wujud juga tanda atau gejala lain pada fizikal dan mental yang tidak disenaraikan.

Dalam usaha untuk cegah masalah ini, lelaki perlu temukan cara kuatkan zakar yang paling sesuai.

Punca
Apa punca masalah ereksi zakar?

Individu yang mengalami masalah ini dan ingin mengatasi ereksi kurang keras, anda perlu ambil tahu apa punca sebenar di sebalik isu itu terjadi terlebih dahulu. Berikut punca yang utama:

Lelaki kurang kadar vitamin D

Menurut kajian terbitan Journal of Sexual Medicine, lelaki yang mengalami masalah ereksi zakar memiliki kadar vitamin D yang rendah dalam tubuh badan berbanding mereka yang sihat.

Alasannya, vitamin ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam sistem peredaran darah dalam tubuh badan serta zakar lantas menjejaskan kemampuan ketegangan alat sulit lelaki.

Isu fizikal

Ada beberapa isu fizikal atau penyakit yang akan memicu masalah ereksi termasuk diabetes, strok, sakit jantung dan lain-lain. Ini terjadi akibat gangguan pada darah, saraf, otot serta hormon tubuh badan gara-gara kondisi fizikal yang telah dinyatakan.

Isu mental

Selain itu, isu pada mental seperti stres, kegelisahan, kemurungan dan gangguan mood turut boleh memicu masalah ereksi lelaki. Dalam usaha mengatasi ereksi kurang keras, sila lihat kembali aspek fizikal dan mental sebelum membuat keputusan lanjut.

Faktor Risiko
Apa faktor risiko ereksi zakar tidak kuat?

Dalam pada itu, ada lagi beberapa faktor risiko lain bagi masalah ereksi zakar seperti yang berikut:

  • Rutin seks kurang aktif – Hipotesisnya, lelaki yang lebih kerap menjalani hubungan seks dengan pasangan lebih rendah risiko untuk menghadapi masalah ereksi zakar
  • Gaya hidup tidak sihat – Tabiat yang tidak sihat seperti menghisap rokok dan mengambil alkohol secara tidak terkawal juga akan menyumbang risiko masalah ini terjadi
  • Keletihan – Keletihan akibat tidak cukup rehat bukan sahaja membawa masalah tidur malah boleh memicu masalah ereksi zakar yang tidak kuat
Diagnosis & Rawatan
Bagaimana cara untuk diagnosis masalah ini?

Sebenarnya, tiada cara lain yang lebih tepat berbanding berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan bagi menilai bagaimana risiko, simptom, punca dan kesan daripada masalah ereksi zakar.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kendiri di rumah untuk melihat sama ada anda mempunyai risiko untuk mengalami masalah ereksi zakar atau mati pucuk.

Jika sudah sah anda ada masalah ini, lelaki boleh mula cari dan amalkan cara kuatkan zakar anda!

Bagaimana pula untuk rawat masalah ini?
#1. Pengambilan Suplemen

Suplemen herba yang mengandungi _______ seperti Thor X dapat tingkatkan kebolehan capai ereksi secara selamat. Ia dapat meningkatkan kadar aliran darah ke seluruh badan termasuklah ke organ zakar.

Cara kuatkan zakar #2. Cergaskan fizikal

Kemudian, pastikan anda cergas dari aspek fizikal yakni dengan banyak bersenam serta tidak pula mengamalkan gaya hidup sedentari agar masalah zakar dapat berereksi di tahap maksimum.

Cara kuatkan zakar #3. Tenangkan mental

Dalam pada itu, pastikan akal dan fikiran anda sentiasa dalam keadaan yang tenang agar tidak ada gangguan pada emosi. Dapatkan bantuan dan rawatan pakar jika ada masalah yang berkaitan.

#4. Dapatkan cukup rehat dan tidur

Dalam masa yang sama, dapatkan cukup waktu rehat dan tidur secukupnya kerana keletihan itu adalah antara faktor risiko utama masalah ereksi zakar.

#5. Mengambil ubat preskripsi dari doktor

Anda boleh cuba ambil ubat preskripsi daripada doktor untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku dan berulang. Sildenafil seperti viagra adalah pilihan ubatan yang baik. Akan tetapi, ubat preskripsi ini mungkin ada kesan sampingan. Pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil ubat ini.

Cara kuatkan zakar #5. Komunikasi

Cara kuatkan zakar yang terakhir adalah dengan berkomunikasi bersama pasangan dalam perihal hubungan seksual anda berdua. Maka, duduk bersemuka dan berbincang mengenai setiap masalah bagi mencari jalan penyelesaian terbaik buat kalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *